BINTULU – Suasana di pasar lama Bintulu riuh seketika pagi ini dengan ‘kemunculan’ mengejut seorang wanita dalam keadaan bogel sambil mengamuk.
Wanita yang dipercayai mengalami masalah mental itu kelihatan berada di atas jalan raya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti.
Bukan itu sahaja, wanita itu turut bertindak menendang beberapa kereta termasuklah kereta polis peronda (MPV) yang tiba bagi mengawal keadaan.
Selain itu, wanita tersebut juga kelihatan masuk ke dalam kedai makanan.
Beberapa gambar mengenai kejadian itu turut tular di media sosial, dengan ada dalam kalangan netizen berharap wanita terbabit segera diberikan bantuan oleh pihak yang berkaitan.
Difahamkan, tiada penahanan dilakukan oleh polis terhadap wanita itu dan dia telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita bogel mengamuk di pasar lama Bintulu appeared first on Kosmo Digital.