PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi keadaan giginya yang patah gara-gara memakan juadah popia goreng yang dibeli di bazar Ramadan.
Menerusi perkongsian lelaki itu, dia juga meluahkan perasaan kecewa apabila ada peniaga yang tidak mahir memasak tetapi masih menjual makanan di bazar Ramadan.
Di dalam video itu, lelaki tersebut turut menunjukkan sebatang giginya yang patah selepas memakan sebiji popia goreng.
“Ini gigi aku, ini popia. Kau orang ini meniaga macam mana? Kalau tak tahu masak, jangan meniaga,” katanya.
Lelaki itu kemudian bertindak menghancurkan popia tersebut menggunakan lesung batu sebelum memakannya.
Di ruangan kapsyen, lelaki itu turut memaklumkan empat biji popia itu dijual dengan harga RM8.
Tinjauan di ruang kapsyen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan segelintir peniaga yang tidak menjaga kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai.
“Keras kehidupan sekarang. Nak makan popia kena tumbuk dulu,” kata Alia.
“Naya buat pelanggan. Peniaga wajib jujur bila berniaga,” kata Airil.
“Sebab itu aku kalau beli kuih yang biasa orang jual saja. Maksudnya memang hari biasa pun orang tu jual kuih, banyak peniaga bazar ini setahun sekali saja,” kata Shaifuddin.
Sehingga kini video berkenaan telah ditonton lebih dua juta kali. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Gigi patah makan popia goreng bazar Ramadan appeared first on Kosmo Digital.