PETALING JAYA- Pengorbanan seorang kakak yang sanggup berkorban masa bagi menjaga ibunya yang sakit disifatkan terbalas apabila wanita itu menerima tajaan untuk mengerjakan ibadah umrah ke Tanah Suci.
Lebih mengharukan, kejutan tajaan itu dibuat sendiri oleh adik bongsu wanita tersebut dalam satu majlis keluarga tanpa diketahui adik-beradik lain termasuk ibu mereka.
Menerusi satu video dikongsikan Zaiton Mohamed di aplikasi Tiktok, wanita tersebut dilihat terkejut dan sebak apabila melihat namanya dipaparkan pada satu kain rentang ketika berlangsungnya acara keluarga.
Selepas mengetahui namanya bakal ke Tanah Suci, wanita berkenaan dilihat terus bergegas ke arah ibunya dan memeluk susuk tubuh itu sambil menangis gembira.
“Adik bongsu taja kakak yang jaga ibu ke umrah, semua orang tidak tahu termasuk ibu sendiri. Terharu, rezeki membahagiakan ibu,” tulisnya ringkas.
Video berkenaan berjaya meraih tontonan lebih 74,000 kali selain menerima reaksi balas orang ramai melebihi 353 komen.
Sementara itu, netizen turut berkongsikan rasa sebak selain mendoakan agar keluarga berkenaan terus dikurniakan rasa bahagia dan gembira.
“Kakak dia mesti sebak, tidak sangka dia dalam ingatan adik dia, berkat jaga ibu,” kata Nrxydx88.
“Rezeki membahagiakan ibu, tahniah buat kakak dan adik bongsu yang membahagiakan seorang kakak,” ujar Mimi Shamila.
“Ya Allah sedihnya tengok, semoga semuanya dimurahkan rezeki,” kata Nor Syahirah. -KOSMO! ONLINE.
The post Video adik bongsu ‘sponsor’ kakak ke Mekah undang sebak appeared first on Kosmo Digital.