[VIDEO] 10A hadiah ulang tahun perkahwinan ibu bapa

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri sebak apabila menerima hadiah ulang tahun perkahwinan yang ke-15 berupa keputusan cemerlang, 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada anak lelaki mereka hari ini.

Momen istimewa itu dikongsikan di laman Facebook @Nor Asila, yang memaparkan mereka menanti dengan penuh debaran di hadapan sebuah laptop, kemudian bersorak kegembiraan sejurus selepas keputusan cemerlang itu terpampang di hadapan skrin.

“Best moment ever..ibu takkan lupa sampai bila-bila, terima kasih Ya Allah, terima kasih Affiq. Hadiah anniversary paling bermakna buat ibu dan ayah,” katanya.

Tangisan kegembiraan sang ibu dan perasaan bangga jelas terpancar di wajah sang ayah, membuatkan pengguna yang lain turut merasa sebak dengan pencapaian anak pasangan itu.

“Dengar suara ibunya menjerit gembira, dengan saya sekali turut sebak. Terima kasih anak hadiahkan hadiah terbaik buat ibu bapa,” komen Asma’ Sakinah.

“Alluakbar, alhamdulillah. Tahniah abang, acik pun ikut nangis ni. Tahniah anak yang hebat. Semoga terus cemerlang dunia dan aihirat,” komen Lailatunazimah Salim.

“Kita pula menitis air mata. Tahniah Afiq, semoga akan terus sukses dalam semua bidang yang diceburi, jadi anak soleh kepada kedua ibu bapa dan cemerlang di dunia dan akhirat,” komen Zaliha Yeop. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] 10A hadiah ulang tahun perkahwinan ibu bapa appeared first on Kosmo Digital.