Undi 18 tahun dilaksanakan

PETALING JAYA – Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.

Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan tersebut.

“Saya berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan,” katanya menerusi ucapan khas hari ini. – K! ONLINE

The post Undi 18 tahun dilaksanakan appeared first on Kosmo Digital.