KUALA LUMPUR – Polis merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan disertakan dua butir peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya di sini, kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.
“Kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan. Kita telah merakam keterangan dua saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Rusdi mengesahkan menerima laporan polis berkait ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.
Menurut beliau, satu kertas siasatan turut dibuka susulan laporan tersebut diterimanya sekitar pukul 9 malam.
Siasatan awal mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran selain butir peluru.
Kes disiasat dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama. – KOSMO! ONLINE.
The post Ugut bunuh Teresa Kok: Dua individu dirakam keterangan appeared first on Kosmo Digital.