PETALING JAYA – Tujuh calon yang bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selesa mendahului dengan lebih 100 jumlah undian setakat pukul 11.20 pagi ini.
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (134 undi), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (131), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (130) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (124) adalah antara yang tersenarai.
Selain itu, turut meraih undian 100 ke atas ialah Datuk Seri Bung Moktar Radin (124), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (114) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (112).
18 calon lain yang tersenarai dalam kedudukan 25 teratas ialah Datuk Azlan Osman meraih 99 undian, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (98) dan Datuk Dr Shaik Hussein Mydin (91).
Turut mengikut rapat, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafizi (87), Datuk Seri Dr. Md Alwi Che Ahmad (86), Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (86), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (86) dan Datuk Zahida Zarik Khan (81).
Sementara itu tidak ketinggalan, Datuk Johan Abd. Aziz (79), Datuk Mohd. Puad Zarkashi (78), Datuk Seri Dr Ahmad Said (76), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (74), Isham Jalil (72), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (72), Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Seri Abd Rahman Dahlan, masing-masing dengan 71 undian.
Di kedudukan dua terakhir ialah Datuk Lokman Noor Adam (69) dan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (69). – KOSMO! ONLINE
The post Tujuh calon MKT UMNO dahului dengan lebih 100 undi appeared first on Kosmo Digital.