IPOH – Kerajaan negeri Perak sedia memberikan bantuan kepada waris tiga mangsa berasal dari negeri itu, yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dekat sini pagi semalam.
Tiga mereka ialah ialah Pegawai Waran II Noorfarahimi Mohd Saedy, Leftenan T. Sivasutan dan Pegawai Waran II Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, perkara mengenai bantuan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco minggu depan.
“Kita akan ambil satu keputusan apakah jenis bantuan yang akan dihulurkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada waris ketiga-tiga mangsa ini,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di sini hari ini.
Beliau merupakan antara pemimpin yang hadir ke HRPB pada pagi ini selain Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob. – KOSMO! ONLINE
The post Tragedi helikopter TLDM: Kerajaan Perak bincang bantuan kepada waris appeared first on Kosmo Digital.