SAKIT jiwa dan otak. Itu yang dirasai setiap penonton setia drama Andai Tiada Dia yang kini hangat ditayangkan.
Sejak awal drama ini ditayangkan, memang ramai sudah mengamuk. Mana tidaknya, watak antagonis iaitu Intan lakonan Mimi Lana memang betul-betul bikin darah tinggi.
Dalam banyak-banyak drama, ini lakonan Mimi Lana yang paling mantap dan meninggalkan impak besar kepada emosi penonton.
Sebab lakonan hebat tersebut, ramai berharap Mimi diberikan anugerah satu hari nanti. Bagi Diva, memang layak dan sudah tiba bakatnya dijulang dengan satu trofi anugerah.
Namun, lakonan pelakon lain jangan dilupakan, semua sama hebat! Memang gila impak drama ini, hari-hari ada sahaja yang mengamuk dalam media sosial, lucu!
DIVA: Drama Berbahagi Suami juga buat sakit hati. Lama-lama penonton Malaysia boleh sakit mental.
The post Tolong beri Mimi Lana trofi aktres terbaik appeared first on Kosmo Digital.