Penduduk tangkap ular kepala dua tanpa ekor

JAKARTA –  Seorang personaliti televisyen di Indonesia berkongsikan klip video memaparkan penduduk menangkap seekor ular sawa berkepala dua, lapor portal berita Okezone semalam.

Personaliti itu, Benu Buloe memuat naik video  yang kini tular dan menjadi  topik perbincangan hangat netizen.

“Ular berkepala dua?” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam rakaman  tersebut, beberapa penduduk dilihat keluar dari sebuah rumah  diikuti dengan seorang lelaki separuh umur yang  memegang kepala reptilia itu.

Seorang  lelaki lain memegang satu lagi kepala ular pada hujung reptilia itu,  bermaksud ular itu tidak mempunyai ekor.

Netizen yang melihat klip video itu  terkejut dan tertanya-tanya kesahihannya.

“Ngeri betul lihat kepalanya ada dua begitu. Nampaknya memang wujud ular berkepala dua dan bukannya sekadar perumpamaan,” kata seorang netizen.

“Jika ular berkepala dua, biasanya kepalanya saling berdekatan (bercabang). Namun, dalam video ini ekornya kelihatan seperti dilipat dan ia tidak jelas,” kata seorang netizen yang skeptikal. 

Sebagai makluman, ular berkepala dua atau dikenali sebagai ular pipa kebiasaannya berada di kawasan sawah padi. – AGENSI 

The post Penduduk tangkap ular kepala dua tanpa ekor appeared first on Kosmo Digital.