KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya, menjumpai janggut dipercayai milik kepimpinan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di premis rumah sekitar Rawang, Selangor.
“Kita juga ada merampas janggut di premis rumah di sekitar Rawang.
“Rampasan-rampasan yang dijalankan tersebut telah dirujuk kepada Jakim dan didapati barangan yang disyaki bertentangan dengan ajaran Islam dan berkait dengan ajaran Aura Muhammadiyah yang telah diharamkan pada tahun 1986 serta Al- Arqam yang telah difatwakan sesat pada tahun 1994,” katanya.
Beliau berkata demikian sidang akhbar ketika sidang akhbar di Pulapol Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Menurut beliau lagi, tindakan penyitaan terhadap 16 buah kenderaan (RM2.07 juta); 26 ekor haiwan (9 ekor kuda, 14 ekor arnab dan tiga ekor burung merak); wang tunai RM18,650 dan dua utas jam jenama Amazfit RM600 dijalankan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613).
Beliau berkata, pihaknya turut terkesan beberapa komen negatif menerusi media sosial yang mendakwa pihak polis telah mengabaikan haiwan yang dirampas daripada premis milik GISBH.
“Kita menafikan tuduhan tersebut yang mana secara hakikatnya, satu tindakan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan telah diambil dan sedang dilaksanakan bagi menjalankan pemeriksaan dan penjagaan terhadap haiwan-haiwan yang dirampas.
“Sebagai makluman, sebelum perintah pelupusan diperoleh daripada mahkamah, PDRM adalah sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan makan dan minum haiwan-haiwan yang dirampas berkenaan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.
The post Op Global: Ada rampas janggut di premis appeared first on Kosmo Digital.