PEMINAT bintang mega, Shah Rukh Khan bukan calang-calang kerana ada dalam kalangan rakan selebriti sendiri ‘tergila-gilakan’ aktor tersohor itu.
Deepika Padukone yang dapat mengambil gambar bersama idolanya mengakui hampir ‘putus nyawa’ melihat aktor itu tampil bergaya dengan sut hitam.
Reaksi isteri kepada Ranveer Singh pada acara Nita Mukesh Ambani Cultural Centre di Mumbai itu nyata memancing perhatian.
Apabila gambar Shah Rukh Khan dikongsi seorang pereka fesyen yang memujinya kelihatan sangat segak dalam persalinan tersebut, Deepika turut meninggalkan komen ‘saya juga’.
Melihat reaksi bersahaja Deepika, ramai peminat meminta aktres berusia 37 tahun itu berkongsi swafoto dengan Shah Rukh Khan.
Pada masa sama ada yang mencadangkan mereka disatukan sekali lagi dalam sebuah filem baharu suatu hari nanti.
The post Nak ‘putus nyawa’ tengok SRK – Deepika appeared first on Kosmo Digital.