BANGI – Hampir 300 orang terdiri daripada kenalan, saudara-mara dan penduduk menunggu di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini bagi menunggu ketibaan jenazah lima beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka malam tadi.
Difahamkan, kelima-lima jenazah tersebut iaitu pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima masih dalam perjalanan dari Melaka ke sini.
Jenazah Khairul Izwan Mazupi, 32, dan isteri Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mereka, Muhammad Umar, 2, serta dua lagi mangsa iaitu adalah ibu bapa kepada Fadzlenna, Ramli Ab. Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, akan disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas.
Kelima-lima jenazah kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas. – KOSMO! ONLINE
The post Nahas ngeri Melaka: Hampir 300 orang menanti jenazah lima beranak appeared first on Kosmo Digital.