Mohd. Khalid dilantik Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dua pegawai kanannya berkuat kuasa 8 Mei ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin menerusi kenyataannya berkata, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Komisioner Polis Datuk Baharuddin Ahmad mendahului senarai tersebut.

“Beliau akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Komunikasi Strategik), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noorsiah, jawatan beliau akan diganti oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Komisioner Polis Datuk Mohd. Khalid Ismail.

“Beliau akan dinaikkan pangkat daripada Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman dengan memangku Gred VUYA5 (JUSA A),” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Mohd. Khalid dilantik Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman appeared first on Kosmo Digital.