PUTRAJAYA – Komitmen yang tinggi dengan berusaha bersungguh-sungguh mempromosikan produk terbaharunya melalui platform TikTok, selama hampir 20 jam setiap hari selama tiga bulan membolehkan produk ManjaBerries kini semakin dikenali ramai.
Pengasas syarikat HA Skin & Beauty, Norhasmiza Md Ghaus berkata, bersandarkan kepada maklumat yang lengkap, penerangan yang jelas dan testimoni positif daripada pelanggan yang setia membolehkan beliau mula menguasai pasaran secara berperingkat.
“Masa awal berniaga selama tiga bulan pertama itu, memang tidak ada pelanggan yang membeli produk yang saya jual. Masuk bulan kedua, mereka dah mula nampak perubahan positif terhadap kulit wajah saya sehingga menimbulkan keyakinan kepada pelanggan termasuk kepada mereka yang baharu mencuba,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaharu ManjaBerries di sini baru-baru ini.
Produk tersebut dihasilkan menggunakan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang diformulasikan melalui kajian dan pembangunan yang teliti bertujuan untuk menghasilkan produk barangan berkualiti serta mampu meningkatkan tahap kesihatan pelanggan.
Norhasmiza yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan menerangkan, sumber bahan yang digunakan untuk pemprosesan ManjaBerries adalah secara natural dan tidak menggunakan sebarang gula putih, gula tambahan, pewarna dan bahan pengawet
“Produk ini memiliki dokumen ujian makmal dan saya juga bersyukur kerana pelanggan kami bukan saja dari Malaysia malah dari Singapura dan Brunei.
“Sehingga kini, terdapat lebih daripada 30,000 botol ManjaBerries dijual dan nilainya terus bertambah.
“Untuk nilai sasaran masa depan, kami berharap jualan akan mencecah sehingga 30,000 botol ManjaBerries dijual setiap bulan,” jelasnya.
Selain produk makanan tambahan itu, HA Skin & Beauty telah mengeluarkan tiga produk lain iaitu ManjaBerries Advance kapsul, sabun dan Tinted Serum Sunscreen. KOSMO! ONLINE
The post ManjaBerries sasar jualan 30,000 unit sebulan appeared first on Kosmo Digital.