KOTA BHARU – Sembilan buah keluarga yang terkesan selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Berek 12 di sini kelmarin menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim dan Majlis Orang-Orang Besar Di Raja Kelantan.
Daripada jumlah keseluruhan sumbangan, lima keluarga yang hilang tempat tinggal menerima sebanyak RM1,500 setiap keluarga manakala empat lagi keluarga yang rumah mereka musnah hampir 20 peratus menerima RM500 setiap seorang.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Mohammad kepada mangsa yang terlibat di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di sini hari ini.
Seorang penerima, Mohd. Hafeeze Che Hashim, 31, berkata, dia amat bersyukur dengan sumbangan berkenaan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarganya yang hilang tempat tinggal.
“Rumah saya termasuk persiapan raya musnah dalam kejadian itu. Kini, saya menyewa di kawasan berdekatan.
“Buat masa ini, kami reda dengan apa yang ada. Kebanyakan mangsa kebakaran masih terkejut dengan kejadian yang menimpa kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
The post Mangsa kebakaran di Berek 12 terima RM10,000 appeared first on Kosmo Digital.