SELEBRITI bergelar model jelita Nora Alexandra mengakui telah melakukan beberapa kali pembedahan plastik pada tubuh badannya untuk kelihatan lebih sempurna.
Menerusi temu bual dalam program Tonight Show, isteri kepada pelakon Jerinx SID itu mendedahkan pernah melakukan pembedahan pada lengan, paha serta payu daranya untuk kelihatan lebih menarik.
“Paha saya sama besar dengan lengan. Keadaan itu menyebabkan saya berasa kurang keyakinan pada diri sendiri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nora turut menganggap bahawa prosedur pembedahan plastik bukanlah suatu hal aneh yang perlu diperkatakan.
Bahkan dia juga menganggap pembedahan plastik adalah suatu hal yang wajar untuk membentuk keyakinan diri agar kelihatan cantik di mata orang lain.
“Saya turut mengaku telah melakukan pembedahan pada payu dara. Saya bercakap jujur kerana tidak mahu berbohong pada orang lain,” jelasnya.
The post Mahu cantik, Nora Alexandra buat pembedahan plastik appeared first on Kosmo Digital.