KUALA PILAH – Kolam mandi Ulu Bendul di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) ditutup sementara berkuatkuasa esok sehingga Ahad ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan dilakukan.
Yang Dipertua MDKP, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, penutupan itu susulan laporan berlaku penularan jangkitan kes Covid-19, Leptospirosis (kencing tikus), dan Rotavirus di kawasan rekreasi itu, minggu lalu.
“Kawasan tersebut akan ditutup sementara selepas disyorkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan supaya pihak berkenaan dapat melakukan siasatan dan analisa,” kataya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hari ini media melaporkan terdapat 13 kes jangkitan virus melibatkan pengunjung yang mempunyai sejarah pergerakan ke kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul.
Daripada jumlah tersebut, dua kes dijangkiti Covid-19, dua kes Leptospirosis (kencing tikus) dan satu kes Rotavirus manakala lapan lagi kes masih menunggu keputusan ujian. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
The post Kolam mandi Ulu Bendul ditutup sementara appeared first on Kosmo Digital.