PUTRAJAYA – Kelantan mencatatkan peratusan pengundi keluar mengundi awal tertinggi iaitu sebanyak 23 peratus, diikuti Kedah dan Pulau Pinang dengan catatan sebanyak 22 peratus setakat pukul 9 pagi tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, Terengganu pula mencatatkan jumlah pengundi awal keluar mengundi sebanyak 20 peratus.
“Ia seterusnya diikuti Negeri Sembilan iaitu sebanyak 19 peratus dan Selangor dengan jumlah 17 peratus.
“Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, peratusan undi awal setakat pukul 9 pagi mencatatkan sebanyak 16 peratus,” katanya di sini tadi.
Hari ini, seramai 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Pengundian awal turut melibatkan PRK Parlimen Kuala Terengganu susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. – KOSMO! ONLINE
The post Kelantan catat peratusan keluar undi awal tertinggi setakat 9 pagi appeared first on Kosmo Digital.