PETALING JAYA – “Spesis macam ni, tak payah pakai minyak wangi. Bau kulit dia pun dah syahdu.”
Itu komen biadap seorang lelaki terhadap pesakit kulit yang turut menimbulkan kemarahan orang ramai.
Menerusi ruangan komen pada video yang dikongsikan Muhammad di TikTok, dia memaklumkan dirinya menghidap Ichthyosis sejak lahir.
Paparan video itu juga menunjukkan reaksi Muhammad yang kelihatan sedih terhadap komen yang dibuat pengguna bernama Sabarudin itu kepadanya.
“Tidak semua manusia sempurna,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Rata-rata orang ramai tidak berpuas hati terhadap komen biadap lelaki berkenaan, malah ada yang berharap supaya dia menerima balasan kelak.
“Hilang sabar aku dengan kau ni Sabarudin,” kata @yaya.
“Terpaling sempurna betul la si Sabarudin ni. Ya Allah, hilang sabar aku!,” luah @miingg.
“Cakap macam tu, sabar mat. Tunggu masa Allah balas balik dekat orang tu,” ujar seorang lagi pengguna.
Dalam masa sama, ada juga pengguna yang menafikan kenyataan lelaki berkenaan.
“Setahu saya orang yang sakit kulit macam abang ni tak ada bau pun macam orang ni cakap. Biasa la bang manusia kalau dah hati busuk sampai dia bernafas pun sentiasa busuk,” komen @Jamaludin Alun. – KOSMO! ONLINE
The post Hina pesakit kulit, netizen cari ‘Sabarudin’ appeared first on Kosmo Digital.