PETALING JAYA – Selepas tujuh jam pasangan selebriti popular, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu, netizen di media sosial masih tidak berhenti berbalah mengenai kemelut rumah tangga pelakon tersebut.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen artikel yang berkongsi kisah perceraian Fattah Mohd. Amin, 33, dengan bekas isterinya, Nur Fazura Shariffuddin, 41, memperlihatkan netizen Malaysia berpecah kepada dua kumpulan dimana sebahagian menyokong pelokon wanita itu dan separuh lagi mempertahankan Fattah.
“Aku ‘team’ Fattah. Aku yakin dia sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai suami dan bapa. Cumanya mungkin nilai yang diberi tidak sampai tahap Fazura. Sebab itu isu nafkah berbangkit,” kata Syazee.
“Aku yang wanita ini pun rasa Fazura ‘sesuatu’. Fattah akan jumpa yang lebih baik. Siapa ‘team’ Fattah sila hadir,” kata Aziah.
Sementara itu, penyokong yang memihak kepada Fazura, terus mempertahankan tindakan pelakon tersebut dengan menggesa Fattah untuk segera memohon maaf kepada bekas isterinya di atas pengabaian dilakukannya sebelum ini.
“Fattah, sebagai suami jangan ego. Hati isteri perlu diutamakan, kalau sudah tidak sayang jangan pula curang dibelakang. Kalau dulu kami ‘team’ Faztah, sekarang berdiri hanya untuk Fazura,” tegas Erny.
“Bila wanita yang lebih berharta berbanding lelaki, memang begini la jadinya. Terus kuat Faz (Fazura). Insya-Allah ada jodoh yang lebih baik Allah gantikan.
“Sedih tengok Faz menangis, dedahkan punca cerai. Dia tak akan berbohong, batuk la tu,” kata Ungu Hati.
Terdahulu, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi tadi selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepasa Fazura.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – KOSMO! ONLINE
The post Fattah, Fazura yang bercerai, netizen yang tak habis berbalah appeared first on Kosmo Digital.