TANJUNG MALIM – Empat individu termasuk tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Besar Sungkai di sini pada pukul 10.16 malam semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Persona (kenderaan jabatan) dan sebuah kereta Toyota Vios.
“Tiga mangsa dalam Proton Persona iaitu seorang tersepit di bahagian pemandu sementara dua lagi mengalami kecederaan di bahagian kaki dan badan.
“Seorang mangsa dalam Toyota Vios pula cedera dan seorang lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, semua mangsa yang cedera dihantar menggunakan ambulans untuk mendapat rawatan lanjut di Hospital Slim River. – KOSMO! ONLINE
The post Empat cedera termasuk anggota TLDM dalam nahas di Sungkai appeared first on Kosmo Digital.