KUALA LUMPUR – Dua buah motosikal dihempap sebatang pokok tumbang di hadapan pusat beli-belah Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.59 petang tadi.
Katanya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Titiwangsa dihantar ke lokasi kejadian.
“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Remi Che Hat, sebatang pokok tumbang menghalang laluan pejalan kaki.
“Pokok itu juga menghempap dua buah motosikal jenis Honda RS
dan Honda ADV,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan. -KOSMO! ONLINE.
The post Dua motosikal dihempap pokok tumbang di ibu negara appeared first on Kosmo Digital.