TANJUNG MALIM – Dompet serta kad pengenalan dipercayai milik arwah Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di Sungai Trolak Kampung Batu 4 di sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi.
Difahamkan bahan bukti tersebut ditemui selepas beberapa jam operasi pencarian dilakukan Unit Skuba (Unit Forensik) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain itu, kunci kereta turut ditemui pada pukul 11.20 pagi, namun tidak dapat dipastikan pemiliknya.
Jarak penemuan barangan tersebut kira-kira 300 meter daripada jambatan.
Keadaan air sungai agak cetek dan jernih kerana tidak hujan sejak semalam yang memudahkan proses pencarian bahan bukti.
Sebelum ini media melaporkan polis menemui telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini yang dibuang dalam parit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Suspek yang merupakan anggota polis berusia 26 tahun dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan untuk mencari barang bukti di sebuah parit di lokasi kejadian.
Terdahulu, media melaporkan Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan mayatnya dijumpai oleh pihak polis di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor. – KOSMO! ONLINE
The post Dompet, MyKad milik Nur Farah Kartini ditemui appeared first on Kosmo Digital.