PETALING JAYA – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengumumkan sepakat untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.
Ahli-ahli Parlimen BN dalam satu kenyataan berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tengah malam tadi.
“Apa yang menjadi keutamaan Ahli-ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN), dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik Covid-19.
“Dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
The post Ahli Parlimen BN kekal sokong PN, Muhyiddin appeared first on Kosmo Digital.