Britney Spears sedih anak ‘menjauh’

BINTANG pop terkenal, Britney Spears terpaksa merelakan dua anaknya, Sean Preston dan Jayden James berpindah ke Hawaii.

Difahamkan, kedua-dua remaja itu berpindah ke Hawaii kerana mahu mengikuti bekas suaminya, Kevin Federline yang akan berpindah ke sana bersama keluarga.

“Sedih, tapi mungkin itu yang terbaik untuk mereka. Semoga anak-anak saya dapat menjalani kehidupan baharu di Hawaii dan jauh dari Los Angeles,” kata Spears.

Tambah penyanyi berusia 41 tahun itu, dia gembira kerana anak-anaknya yang tinggal bersama bapa dan ibu tiri mereka, membesar menjadi remaja yang pintar.

“Saya harap mereka tidak melupakan saya di sini,” ujarnya.

The post Britney Spears sedih anak ‘menjauh’ appeared first on Kosmo Digital.