PUTRAJAYA – Malaysia terus komited menyertai usaha komuniti global untuk menamatkan Penyakit Tropika Terabai (NTD) dan membebaskan generasi akan datang daripada penyakit kemiskinan dengan pencahayaan struktur ikonik seperti Menara Kuala Lumpur dan Pintasan Saloma hari ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pencahayaan dua struktur ikonik itu adalah solidariti Malaysia sempena Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia ketiga yang disambut setiap tahun pada tanggal 30 Januari sejak tahun 2020.
Katanya, penyakit NTD merangkumi 20 jenis penyakit seperti Denggi, Chikungunya, Chagas Disease, Buruli Ulcer dan pelbagai lagi yang mampu melemahkan, menjejaskan fizikal serta boleh menyebabkan kematian.
“Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Crown Prince Court of Abu Dhabi Yayasan Bill & Melinda Gates, Carter Center, The END Fund, Uniting to Combat NTDs, DNDi dan lebih 300 pemimpin kerajaan, kesihatan, komuniti dan perniagaan, menggunakan kesempatan ini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran.
“Ia termasuklah ceramah daripada pakar kesihatan serta penyampaian maklumat berkenaan NTD kepadamasyarakat dalam usaha menghapuskan NTD secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, tahun ini menyaksikan penglibatan kali kedua negara Malaysia dalam sambutan World NTD, dan fokus utama Malaysia adalah memerangi penyakit
Denggi. – K! ONLINE
The post Cahaya Menara KL, Pintasan Saloma solidariti Malaysia tamatkan NTD appeared first on Kosmo Digital.