Sembilan kanak-kanak antara 19 korban kebakaran di New York

BANDAR RAYA  NEW YORK – Sembilan kanak-kanak antara sekurang-kurangnya 19 orang  yang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi mangsa cedera apabila sebuah bangunan apartmen tinggi di New York terbakar semalam.

Saksi-saksi melaporkan melibat penghuni terperangkap menjerit meminta tolong dari tingkap-tingkap semasa kebakaran dahsyat  itu yang dikatakan berpunca daripada alat pemanas elektrik mudah alih dengan mangsa terdapat di ‘setiap tingkat’.

“Ada ramai kanak-kanak menjerit Tolong! Tolong!,” kata Dilenny  Rodriguez, 38,  selepas menyelamatkan diri dengan anak-anaknya

Datuk Bandar Bandar Raya New York, Eric Adams memberitahu pemberita bahawa 19 orang disahkan mati dan 63 yang lain cedera termasuk sebilangan mangsa kritikal.

“Ini akan menjadi kebakaran terburuk dalam sejarah kita,” katanya.

Sekurang-kurangnya 200 anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran itu yang bermula sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) di tingkat dua dan tiga bangunan setinggi 19 tingkat itu.

Bangunan itu menjadi kediaman sebilangan besar imigran dan Adams berkata,  ramai penghuninya adalah orang Islam yang berhijrah ke New York dari Gambia. – AFP 

 

The post Sembilan kanak-kanak antara 19 korban kebakaran di New York appeared first on Kosmo Digital.