TANGKAK – Dua maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Institut Latihan Perindustrian, Jalan Sagil, Jementah, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, PPgB Rafiah Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada pukul 7.29 pagi tadi.
Katanya, seramai 15 orang anggota dari BBP Tangkak dan BBP Bukit Gambir bersama tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Suzuki Vitara dan sebuah kereta jenis Mitsubishi Grandis.
“Terdapat dua mangsa di dalam kereta jenis Suzuki Vitara tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas RTA. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di tempat kejadian.
“Mangsa di dalam kereta jenis Mitsubishi Grandis seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tangkak oleh ambulans KKM,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Rafiah, Kedua-dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE
The post 2 maut tersepit nahas dua kenderaan appeared first on Kosmo Digital.